* SELAMAT DATANG * Sila baca Terma & Syarat kedai kami terlebih dahulu sebelum memulakan jual beli. Terima kasih.
Name:
Home/office address:
Postcode:
Phone number:
Email Address:
Pos ke: Semenanjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Lain-lain
Product code/items:
Tempoh bayaran:

This form powered by Freedback

Archive for the ‘Blog’ Category

Debella produk berasaskan Aloe Vera - Aloe Vera Jelly

Assalamualaikum,

Jika anda perasan, sebelum ni saya pernah cerita mengenai produk berasaskan Aloe Vera iaitu Gel sapu yang mana begitu bagus untuk kegunaan sekeluarga. Produk tersebut dipanggil Debella Aloe Vera Jelly.

w_jelly

Saya telah pun menggunakannya untuk anak saya yang kemalangan beberapa bulan yang lepas. Habis tangan dia melecet dan luka. Memang teruk juga lah. Bukan tapak tangan, tapi atas tangan. Kulit tersiat. Aduhai,sakitnya mama tengok tangan Sofia. Hari pertama, doktor sapu dengan ubat di klinik. Esok harinya saya lihat lukanya belum kering dan ada kesan nanah. Hari ketiga pun sama. Saya pun mengambil keputusan untuk menyapu Aloe Vera Jelly ke atas kulitnya. Tapi sedikit peritlah. Anak saya tahan sedikit rasa perit. Keesokan harinya, saya dapati luka itu suka kuncup dan kering. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana luka dia sudah beransur pulih.

tanganpialukaHari pertama

Saya masih risau kerana begitu banyak parut di atas tangannya. Tapi, saya masih lagi menyapu Jelly tersebut untuk melihat sama ada ia berkesan atau tidak untuk hilangkan parut dan kembalikan semula kulit anak saya yang masih kecil. Baru berumur 6 tahun sudah ada parut. Aduhai. Dah la perempuan ni. Hmm..macam-macam timbul di fikiran. Yelah, penting menjaga kecantikan ni lebih-lebih lagi perempuan. Setelah hampir sebulan anak saya mengalami kecederaan di atas tangannya dan saya pula tidak putus-putus menyapu Jelly tersebut, saya dapati parut di tangannya sudah hilang dan lapisan kulit yang baru sudah nampak. Alhamdulillah, berkat Allah jua, tangan anak saya kembali cantik seperti dulu.

Inilah perkongsian dari saya sendiri menggunakan Debella Aloe Vera Jelly. Saya begitu syorkan anda di luar sana mempunyai produk ini untuk kegunaan anda sekeluarga. Memang berguna sangat jika ada kecemasan seperti terkena minyak panas ketika di dapur, melecur, berjerawat, mengalami ruam-ruam dan macam-macam lagi. Sekarang ni musim panas. Anak-anak selalu mengadu gatal dia kepala dan badan ketika hendak masuk tidur. Untuk membuatkan mereka tidur dengan lena, saya akan sapukan Debella Aloe Vera Jelly ini kepada mereka. Memang mereka boleh tidur dengan nyenyak selepas itu. Tiada lagi meragam-ragam.

Jika anda mahu beli, silakan. Saya ada jualnya di sini. Sila klik.


Popularity: 37% [?]

Share/Save/Bookmark

Wanita dan Kecantikan

Assalamualaikum,

Ada sedikit tips untuk kaum wanita.

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Fesyen dan gaya juga merupakan satu elemen penting dalam menonjolkan kecantikan setiap wanita.

Pendapat peribadi saya, kecantikan tanpa di luar batasan sebagai wanita muslimah tidak apa. Asalkan kita menjaga adap kita sebagai Muslimah. Tutup aurat dengan baik dan juga tidak melebihi batas.

Islam juga menitikberatkan kecantikan diri. Kecantikan tidak semestinya kita bersolek setebal 14 inci. Tetapi kecantikan ini terserlah dari penampilan kita yang sopan dan anggun. Bagi saya semua itu amat penting untuk wanita.

fesyen

fesyen-tudungSekadar hiasan

Jika anda sudah berumahtangga, anda perlu menjaga penampilan juga. Jangan rasakan bahawa anda sudah tidak perlu berfesyen lagi. Nanti suami ke tempat kerja, lihat wanita lain bergaya, susah juga kan. Jadi, eloklah kiranya kita juga bergaya mengikut peredaran masa, tidak kira di rumah ataupun di luar rumah.

Akhir kata,

tudung

Popularity: 19% [?]

Share/Save/Bookmark

Selamat Datang!

Assalamualaikum,

Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung budiman. Ini merupakan blog kedua saya yang akan memberi maklumat terbaru tentang jualan yang akan dijual di kedai online kami.

Saya harap, anda semua suka dengan kehadiran blog ini dan sentiasa menyokong kami di sini.
Sekian,

Nozi

Pengurus Kedai Online

Personal Blog: http://www.gedungilmu.com

email: erpuzy159@yahoo.com


Popularity: 12% [?]

Share/Save/Bookmark

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.